— pyejal's blog

Melihat gambar² 2 kota suci umat Islam ini pasti hati menjadi seronok, sayu, hiba dan teruja. Seronok bagi yang pernah merasai nikmat ke sana, sayu melihat kebesaran-Nya, hiba apabila mengingati perjuangan nabi-Nya dan para sahabat, serta teruja bagi yang belum pernah tiba di “kota suci” ini.

Kota Madinah dan Kota Mekah adalah lambang keagungan Islam di muka bumi ini. Pasti saja semua berhajat untuk ke sana. Insya-Allah, kuatkan azam-mu, berdoalah selalu, moga Allah restui permohonan anda itu sebagai tetamu-Nya di Tanah suci. amiiin.

Masjidil Nabawi, Madinah

Read More

Selepas menanti dengan penuh debaran dan keterujaan selama 9 bulan lamanya dan tambahan beberapa hari, akhirnya lahirlah insan comel, bersih lagi suci ke alam dunia. Kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan kehadrat Illahi – alhamdulillah. Ramai yang bertanya dan ramai yang juga yang menyuarakan dialog serupa dalam kami menempuh saat² dikurniakan cahaya mata pertama ini.

Di hening pagi tanggal 3 April 2012, kesakitan yang teramat mula dirasai oleh sang isteri. Tidurnya tidak keruan, duduknya tidak rasa, langkahnya juga tidak lancar seperti sediakala. Tidurku juga tidak lena mengenangkan tingkah lakunya yang agak berlainan. Bukan malam ini saja, 2 minggu sebelum kejadian pun aku sudah bersiap siaga. Perbincangan dibuat, keputusan diambil, dan aku segera bersiap. Tepat jam 5 pagi kami berdua lengkap bersiap dengan uniform dan beg seadanya.

Read More

Dunia sepi tanpa bicara

Hanya berteman gelap tanpa cahaya

Parasit muncul pencetus bahagia

Di alam rahim di kau menjelma

 

Sang ibu tabah menempuh duga

Sembilan bulan dikau dalam kandungannya

Gerak tubuh kecilmu meriak tawa mesra

Buat penyeri pasangan tercinta

 

Ilmu disemai kasih dicurah

Khasiat ditabur menguat tubuh

Harapan menjulang disemat utuh

Bagai menatang minyak yang penuh

 

Masa dinanti kian terasa

Menanti lahir jiwa kurniaan-Nya

Rahmat Illahi dipanjatkan sentiasa

Semoga urusan hamba-Mu ini dipermudahkan segala

===

Buat jiwa yang akan lahir ke dunia

Buat penyeri alam dunia,

Juga sang isteri yang tercinta,

Moga dipermudah urusan segala. Amiin

 

pyejal
Mac 2012

Read More

Kali terakhir aku naik keretapi tahun 2003 dulu. Masa tu aku tengah mengaji di UiTM Pahang. Ni keretapi yang betul² keretapi, bukan komuter tau. Lokasi percutian tak jauh Kluang je, tapi yang menariknya pengangkutan yang digunakan – keretapi. Tak la jakun mana, cuma sekadar nak jalan2 melihat alam sambil bawa sang isteri untuk maternity shoot. Best kan, kau ada? haha.

Masa perancangan awal agak rumit juga dan hampir² cancel. Mana taknya. Bila tangok jadual e-tiket di Keretapi Tanah Melayu [KTMB], banyak tiket yang dah habis untuk perjalanan JB Sentral ke Kluang. Plan awal nk bertolak pagi dan balik dalam lepas tengahari je la. Agak kecewa juga.

kluang stesen photo

Read More

Setelah berimpian sekian lama, akhirnya aku berjaya “membawa doktor ke rumah aku” ini. Aku bukanlah seorang yang tegar dalam mengejar sesuatu. Bahasa mudahnya – tak la bersungguh² atau beria² sangat. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat, berusaha la juga sampai la agak² dah penat then let go je la.

Tapi kali ni lain pula ceritanya. Sebelum ini, aku teringin juga nak bawa masuk “doktor ni ke rumah aku” tapi disebabkan harganya yang agak … . Jadi aku diamkan saja niatku itu, sampai la aku ada sumber kewangan yang aku tak tahu nak habiskan untuk apa. Sehingga la baru² ni aku dapat satu berita gembira yang membolehkan aku membawa “doktor ni ke rumah aku”. Dengan itu, aku mungkin berjaya mendapatkan “doktor” ini! yeah!

A doctor in the house | cover

Read More

Video yang dipercayai dirakamkan di negara China ini amat meruntun jiwa yang melihatnya. Asalkan anda masih punya nilai kasih sayang, kemanusiaan, hati dan perasaan, jiwa pasti terdetik,  dimana hati dan perasaan mereka ini? Yang si pelaku, memang dah pasti tiada hati dan perasaan, yang melihatnya? Adakah kerana undang² mereka hanya mampu melihat?

Saksikan bagaimana seorang perempuan ditahan seorang lelaki yang kemudiannya ditikam 27 kali dan seterusnya disepak/ditendang di kepala dan badan sebanyak 18 kali.

Read More

Categories

Archives